Make your own free website on Tripod.com

LAJU Network

logolaju.gif

bismillah.gif

Mulakan Perniagaan Internet dari Rumah

 

Dengan mempunyai perniagaan di Internet, anda dapat merebut peluang dimana terdapat jumlah pengguna Internet yang besar di serata dunia. Tahukah anda berapa ramai jumlah pengguna Internet sedunia?

Terdapat 9,500,000 pengguna Internet di Malaysia sahaja dan 888,000,000 pengguna Internet di dunia. Internet amatlah sesak dengan pengguna- ini merupakan berita baik bagi mereka yang menjalankan perniagaan di Internet.

Online? Dotkom? e-Bisnes? Masyarakat kini semakin mengenali perkataan teknologi Internet. Internet adalah ruang dagangan antarabangsa, di mana anda dapat memperkembangkan perniagaan ke seluruh dunia dengan konsep kedai buka 24 jam, 7 hari seminggu, dan jualan berterusan ke pelanggan di pelbagai negara, kaum dan jantina.

 

Persoalannya sudahkah kita bersedia menyahut cabaran ini?

Bolehkah orang biasa mencari duit dengan menjual sesuatu di Internet ? Tentu boleh jika kita tahu caranya.

Siapa patut menyertai?

Sasaran kami adalah pelajar sekolah kerana merekalah bakal meneraju perniagaan ini dimasa depan. Dengan ini mereka dapat mengenali asas-asas serta peluang yang boleh diwujudkan untuk berjaya dalam persaingan perniagaan internet.

Juga kepada mana-mana individu/kumpulan yang ingin mempelajari cara memulakan perniagaan yang menguntungkan di Internet, sama ada untuk memperolehi pendapatan sampingan atau pun sepenuh masa dari rumah. Juga bagi syarikat-syarikat kecil yang ingin membawa perniagaan mereka di Internet untuk mencapai pasaran yang lebih luas.

Program ini di reka khas untuk mereka yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang IT. Namun begitu, kami menganggap anda tahu menggunakan perisian mudah seperti e-mail, Microsoft Word dan juga pernah menggunakan Internet.

Dengan program ini diharapkan anda-anda yang tidak berkesempatan menghadiri seminar seumpamanya (perniagaan IT) kerana faktor masa, tempat dan kewangan dapat berkongsi maklumat dimana jua anda berada.

 
“Jika kita dapat meyakinkan orang ramai yang ICT boleh memberikan manfaat kepada mereka dalam bentuk nilai sebenar… kepada orang biasa, peniaga, perusahaan kecil dan sederhana dan petani, anda akan melihat pertumbukan yang sangat besar dalam penggunaan ICT”

                    Dato Seri Najib Tun Razak

Berita Harian 3 Sept 2004

 

Sila klik gambar untuk kelaman web dan penerangan yang dimaksudkan

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

powered by lycos
SEARCH:Tripod The Web

“Ya Allah aku berlindung dari kesusahan dan kedukaan, dari lemah kemahuan dan rasa malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari banyak hutang dan kezaliman”
Doa dihindar dari kesusahan hutang dan kemalasan petikan dari buku Kompilasi Doa Mukmin.